Selasa, 15 Jun 2021

Petua Pembentangan Lebih Menarik

1) Isi/Reka Bentuk Pembentangan Yang Ringkas

       Isi atau reka bentuk pembentangan yang terlalu kompleks atau padat akan membuat audiens cepat berasa bosan dan hilang minat. Walaupun isi penting sesuatu pembentangan itu banyak, tidak semestinya semua seharusnya ada di dalam slide pembentangan. Ayat atau isi penting mesti diterangkan oleh diri sendiri agar mengelakkan pembentangan yang terlampau kompleks atau padat. Jika tidak pun, penggunaan grafik bagi membuat pembentangan yang simple dan mudah untuk difahami. Pembentang seharusnya dapat membentang isinya tanpa bergantung kepada penggunaan slide 100%. Hal ini dapat memudahkan lagi pembentangan untuk disampaikan kepada audiens

 Contoh Slide:


2. Font Atau Tulisan Yang Senang Dibaca

            Tulisan yang diguna tidak perlu kompleks atau berwarna-warni. Hal ini demikian kerana ia akan menyukarkan audiens untuk membaca dan memahami slides pembentangan. Tulisan yang terlampau komples juga kadang-kala boleh kelihatan serabut dan berat. Sebaiknya, bagi pembentangan, fonts seperti Times News Roman, Tahoma, Arial dan Calibri Lights menjadi pilihan utama bagi tulisan bagi pembentangan. Penggunaan fonts juga seharusnya dihadkan. Sebagai contoh, hanya 2 jenis fonts digunakan dalam sesebuah pembentangan.

 3. Pembentangan Menggunakan Gambar

            Pembentangan juga boleh dilakukan melalui gambar dan bukan hanya ayat sahaja. Sebagaimana yang sudah disebut dalam petua pertama, gambar merupakan pengganti bagi ayat dalam sesebuah pembentangan. Pembentangan yang dilakukan melalui gambar bukan asing lagi bagi mana-mana pembentangan. Bukan sahaja sebuah gambar membawa banyak maksud, tetapi juga memudahkan penyampaian maklumat oleh seorang pembentang. Visual lebih senang difahami daripada verbal.

 Gambar Sekadar Hiasan


4. Latihan Membentang

            Slides sudah cantik, jadi pembentang juga seharusnya bersemangat untuk membentang slides. Tiada sesiapa berminat mendengar pembacaan point slides, jadi Latihan membentang mesti dijalankan. Penyebutan ayat, vokal pembentang dan semuanya harus dilatih bagi pembentangan. Tanpa Latihan, tidak mustahil pembentang akan secara tidak sengaja menyampaikan maklumat yang sama berulangkali atau gagap semasa pembentangan. Oleh itu, latihan membentang sangat penting. Jika boleh, pembentang seharusnya mengelakkan pembacaan slides secara 100%.

 5.  Hubungan Dengan Para Audiens

            Bagi seorang pembentang, hubungan dengan para audiens seharusnya dijaga. Pembentang mesti bersifat positif tetapi neutral dengan audiens. Dengan kata lain, komunikasi pembentang dengan audiens seharusnya dua hala, iaitu pembentang mesti berinteraksi jua dengan para audiens. Hubungan yang lebih dengan audiens memudahkan penyampaian maklumat untuk diterima. Pembentang juga mesti bijak bermain dengan emosi audiens untuk mewujudkan unsur-unsur seperti humor dan sebagainya bagi menguatkan lagi hubungan dengan para audiens.

6. Jangan Membaca Slides

        Jika anda lupa kata kunci atau ayat yang ingin digunakan, tiada masalah untuk membacanya daripada slides, tetapi itu tidak bermaksud bahawa anda seharusnya bergantung kepada slides. Slides seharusnya diguna bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada audiens, bukannya untuk dibaca sehingga habis oleh pembentang. Bagi mewujudkan pembentangan yang menarik, pembentang mesti melatihkan diri agar tidak membaca slides. Slides boleh digunakan sebagai reference oleh pembentang, namun pembentang mesti mengelakkan tabiat membaca slides.

Isnin, 14 Jun 2021

Perkakasan Terbaik Untuk Membuat Pembentangan

Berikut adalah perkakasan yang terbaik untuk membuat Pembentangan;

1) Komputer Riba

Komputer Riba merupakan perkakasan utama dalam membuat suatu pembentangan yang baik. Jika anda mempunyai komputer riba, anda boleh membuat PowerPoint, video atau video animasi untuk membuatkan pembentangan anda menjadi lebih menarik.

Gambar Hiasan

2) Telefon Pintar

Telefon Pintar juga merupakan perkara yang paling asas atau yang perlu ada dalam membuat suatu pembentangan. Dengan adanya telefon pintar, anda akan dapat mengakses maklumat dengan mudah. Selain itu, PowerPoint juga boleh dibuat di dalam telefon pintar. Rakaman video untuk pembentangan juga selalunya dibuat menggunakan telefon pintar. 

Gambar Hiasan

3) Kamera

Selain telefon pintar dan komputer riba, Kamera juga perkakasan yang terbaik untuk membuat pembentangan. Mengikut situasi pada hari ini, di mana pembelajaran dan pengajaran hanya di laksanakan melalui alam maya, maka merakam pembentangan adalah cara yang digunakan. Dengan adanya kamera, pembentangan dapat di rakam dengan baik dan lebih jelas.

Gambar Hiasan


Isnin, 7 Jun 2021

Perisian Terbaik Untuk Reka Bentuk Pembentangan

Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk mereka bentuk pembentangan yang menarik. Dibawah ini adalah cadangan dan pilihan perisian yang terbaik.

1) CANVA



 2) PREZI 


 Video ini dipetik daripada Youtube

3) POWTOON 


 

 Video ini dipetik daripada Youtube

4) POWER POINT 


Reka Bentuk Pembentangan Yang Baik

 Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera. 

Perancangan persembahan adalah proses pelbagai langkah, dan reka bentuk slaid adalah salah satu tahap utama. Pernahkah kita mengahadapi pembentangan yang begitu membosankan?. Hal ini kerana reka bentuk perbentangan itu tidaklah menarik minat dan perhatian orang ramai. Oleh itu, reka bentuk perbentangan yang baik adalah jika mempunyai grafik yang cantik,isi yang padat, serta teks yang menarik.  Terdapat beberapa reka bentuk pembentangan terbaik iaitu…..


1) Tukar Gaya Latar Belakang

Apabila membuat persembahan yang cerah dan bermaklumat, pengguna perlu mengetahui asas, alat dan kesan untuk reka bentuk slaid. Untuk pembentangan yang menarik, anda disarankan agar menggunakan tema slaid minimalis dan reka bentuk pembentangan yang teratur adalah perkara paling penting. Selain itu, dengan pemilihan warna-warna yang bersesuaian seperti warna pastel atau warna yang cantik dan reka bentuk yang profesional juga akan menarik perhatian penonton terhadap pembentangan anda dengan cepat. 

Sumber : Google

                                                                   

2) Hiasan Teks Font                                                                                 

Reka bentuk slaid termasuk dalam penambahan maklumat teks seperti tajuk, sari kata, teks biasa, senarai bullet dan bernombor serta penyuntingan dan pemformatannya. Font yang digunakan dalam pembentangan adalah hampir sama kepentingannya dengan mesej yang ingin kita sampaikan. Reka bentuk slaid termasuk dalam penambahan maklumat teks seperti tajuk, sari kata, teks biasa, senarai bullet dan bernombor serta penyuntingan dan pemformatannya. Font yang digunakan dalam pembentangan adalah hampir sama kepentingannya dengan mesej yang ingin kita sampaikan. Oleh itu, jika kita tidak menggunakan bukaan font"default" yang biasa dalam PowerPoint boleh memberi kelainan oleh penyampai tersendiri. Bagi yang mencari kelainaan dalam memilih font untuk pembentangan, kita boleh dapatkan koleksi font daripada laman web http://www.dafont.com. Melalui laman ini kita boleh muat turun font secara percuma dan ini akan membuatkan pemilihan font dengan lebih menarik dan cantik. Selain itu, pastikan font yang dipilih mudah dibaca dan difahami. Saiz juga harus diberi penekanan, dicadangkan saiz font tidak kurang 30pt. Kita mungkin pernah mendengar ada yang berkata tidak boleh menggunakan font 30pt ke atas kerana bahan yang nak dibentangkan tidak muat slide dan hanya memasukkan maklumat yang terpenting sahaja di dalam slide. Hal ini juga terbukti boleh menarik perhatian para menonton yang melihat. 

Sumber : Google



3. Menggunakan Tema Pembentangan Yang Minimalis

Bagi menarik minat audiens, tema yang seharusnya digunakan adalah minimalis. Minimalis adalah di mana penggunaan untuk memaparkan intipati, identiti subjek dengan menghilangkan semua bentuk, ciri atau konsep yang tidak penting. Penggunaan imej ataupun perkataan mestilah ringkas dan sederhana dan sebaiknya menetapkan satu tema dan seragamkan sehingga slide yang terakhir. Apa yang penting ialah huraian penyampai semasa pembentangan dan boleh menyampaikan maklumat menjadi suatu yang menarik. Ini kerana, kita secara realistiknya tidak boleh menyampaikan semua maklumat yang ada di dalam slide pembentangan dalam masa yang terhad. Oleh sebab itu pilih maklumat yang penting sahaja untuk disampaikan agar pembentangan berjalan dengan teratur seperti yang telah dirancang.

 

Sumber : Google

Contoh reka bentuk slide yang minimalis 

 

 4Menggunakan Alternatif Susun Atur Slaid

Tips kedua adalah menggunkan alternatif susun atur slide bagi menjadikan pembentangan anda lebih menarik. Oleh yang demikian, bagi membuat audiens anda terlibat dan kekal sepanjang keseluruhan pembentangan anda adalah sukar, walaupun anda telah menggunakan kemahiran pembentangan anda. Hal ini kerana, audiens akan bosan jika mereka melihat slaid yang kelihatan sama selama satu jam. Jika tiada keunikan untuk setiap slide audiens akan hilang tumpuan dan pembentangan akan menjadi hambar.

 

 


Sumber : Google 

Gambar diatas adalah contoh susunan slide pembentangan yang unik. Mereka menggunakan tema visual yang konsisten pada setiap slaid, tetapi bertukar antara kududukan menegak dan mendatar ini bagi mengelakkan audiens merasa bosan terhadap pembentangan yang berlangsung.

Sabtu, 29 Mei 2021

Petua Asas Pembentangan

Berikut merupakan slaid petua asas pembentangan:

Sabtu, 22 Mei 2021

Elemen-elemen Penting Dalam Pembentangan Yang Berkesan

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera. 

Entri kali ini perkongsian tentang elemen-elemen penting dalam pembentangan yang berkesan. Terdapat beberapa elemen penting untuk menghasilkan pembentangan yang menarik dan berkesan. Kunci utama pembentangan yang berkesan ialah...

"PERSEDIAAN"

Persediaan adalah kunci untuk membuat pembentangan terbaik. Persediaan sebenar datang dari cara sebelum anda duduk di depan komputer dan mula membuat persediaan slaid. 

Oleh itu, mari kita lihat dan fahami elemen-elemen tersebut di bawah. Ada tiga elemen utama untuk persediaan, iaitu:

1. Kenali Penonton

Sumber: Google

Pakar pembentangan sering bercakap tentang penyampaian pembentangan difokuskan kepada penonton. Jadi, bagaimana anda hendak lakukan? Fahamkan apa yang membuat mereka mendengar. Untuk penyampaian yang memfokuskan penonton, jadikan diri anda seperti seorang jurujual. Tugas anda adalah untuk membuat penonton menerima maklumat yang anda kongsi, membeli produk yang anda sampaikan, menggunakan proses yang anda perkenalkan dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, baru-baru ini Noor perlu membuat pembentangan mengenai cara-cara menguruskan organisasi yang mana ianya wajib diaplikasikan oleh semua orang. Ini adalah topik yang mesti difahami dengan lebih teliti. Untuk menyampaikan pembentangan yang benar-benar menarik, di mana penonton akan senang memahami dengan maklumat yang dikongsi dan Noor perlu memberi tumpuan kepada faedah penonton. 

Noor perlu meletakkan dirinya juga pada tempat penonton dan bertanya pada diri, "Apa yang saya perolehi?"Jadi, apa yang penonton perolehi bila Noor bercakap tentang sistem baru yang mungkin akan bermanfaat dan membantu pekerjaan mereka. 

Mengenali penonton kita adalah sangat penting, agar maklumat yang disampaikan penonton dapat menerima dan memahami.

Baiklah, elemen yang seterusnya....

2. Kenalpasti Topik

Sumber: Google

Tidakkah anda rasa benci dalam pembentangan di mana pembentang melihat pada skrin sepanjang masa dan membaca setiap slaid kepada anda? Secara umumnya, orang yang berdiri membaca slaid mereka berbanding membuat "eye-contact" dengan penonton, adalah mereka yang tidak mengetahui topik mereka dengan baik atau tidak melaksanakan latihan sebelum pembentangan. 

Untuk menyampaikan pembentangan yang sangat baik, adalah penting untuk pembentang tahu dan fahami topik yang hendak dibentangkan kepada penonton. Jika pembentang tahu dan faham topik yang hendak dibentangkan dengan baik, pembentang boleh menyampaikan pembentangan dengan berkesan, kerana pembentang tidak bergantung pada mengingati apa yang telah dilatih hari sebelumnya. Sekirnya pembentang tahu dan fahami luar dalam topik, pembentang boleh sahaja membentang dengan secara spontan tanpa melihat pada slaid. 

Setelah mengenali dan memahami topik, elemen ketiga ini saling berkait dengan elemen kedua tadi. 

3. Kenalpasti Apa Yang Pembentang Mahu Penonton Lakukan

Sumber: Google

Kenalpasti topik adalah sangat penting. Lebih penting lagi ialah mengetahui apa yang perlu pembentang lakukan atau perlu diketepikan oleh pembentang semasa pembentangan. Sebelum membuat persiapan, pembentang perlu tanya pada diri, "Apakah tujuan pembentangan ini?" "Apa objektif yang hendak dicapai dari pembentangan ini?". Sekiranya pembentang sudah tahu perkara-perkara ini sebelum pembentangan bermula, pembentang boleh dan mudah untuk menyusun strategi untuk memberikan hala-tuju pembentangan tersebut.

Dan, itulah elemen-elemen penting dalam pembentangan yang berkesan. Tidak kira untuk pelajar mahupun pekerja. Oleh itu, pastikan elemen-elemen ini anda dapat dan aplikasikan dengan betul. Anda akan membina asas yang kuat sepanjang pembentangan anda. 

Selamat maju jaya!