Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.
Entri kali ini perkongsian tentang elemen-elemen penting dalam pembentangan yang berkesan. Terdapat beberapa elemen penting untuk menghasilkan pembentangan yang menarik dan berkesan. Kunci utama pembentangan yang berkesan ialah...
"PERSEDIAAN"
Persediaan adalah kunci untuk membuat pembentangan terbaik. Persediaan sebenar datang dari cara sebelum anda duduk di depan komputer dan mula membuat persediaan slaid.
Oleh itu, mari kita lihat dan fahami elemen-elemen tersebut di bawah. Ada tiga elemen utama untuk persediaan, iaitu:
1. Kenali Penonton
Pakar pembentangan sering bercakap tentang penyampaian pembentangan difokuskan kepada penonton. Jadi, bagaimana anda hendak lakukan? Fahamkan apa yang membuat mereka mendengar. Untuk penyampaian yang memfokuskan penonton, jadikan diri anda seperti seorang jurujual. Tugas anda adalah untuk membuat penonton menerima maklumat yang anda kongsi, membeli produk yang anda sampaikan, menggunakan proses yang anda perkenalkan dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh, baru-baru ini Noor perlu membuat pembentangan mengenai cara-cara menguruskan organisasi yang mana ianya wajib diaplikasikan oleh semua orang. Ini adalah topik yang mesti difahami dengan lebih teliti. Untuk menyampaikan pembentangan yang benar-benar menarik, di mana penonton akan senang memahami dengan maklumat yang dikongsi dan Noor perlu memberi tumpuan kepada faedah penonton.
Noor perlu meletakkan dirinya juga pada tempat penonton dan bertanya pada diri, "Apa yang saya perolehi?"Jadi, apa yang penonton perolehi bila Noor bercakap tentang sistem baru yang mungkin akan bermanfaat dan membantu pekerjaan mereka.
Mengenali penonton kita adalah sangat penting, agar maklumat yang disampaikan penonton dapat menerima dan memahami.
Baiklah, elemen yang seterusnya....
2. Kenalpasti Topik
Tidakkah anda rasa benci dalam pembentangan di mana pembentang melihat pada skrin sepanjang masa dan membaca setiap slaid kepada anda? Secara umumnya, orang yang berdiri membaca slaid mereka berbanding membuat "eye-contact" dengan penonton, adalah mereka yang tidak mengetahui topik mereka dengan baik atau tidak melaksanakan latihan sebelum pembentangan.
Untuk menyampaikan pembentangan yang sangat baik, adalah penting untuk pembentang tahu dan fahami topik yang hendak dibentangkan kepada penonton. Jika pembentang tahu dan faham topik yang hendak dibentangkan dengan baik, pembentang boleh menyampaikan pembentangan dengan berkesan, kerana pembentang tidak bergantung pada mengingati apa yang telah dilatih hari sebelumnya. Sekirnya pembentang tahu dan fahami luar dalam topik, pembentang boleh sahaja membentang dengan secara spontan tanpa melihat pada slaid.
Setelah mengenali dan memahami topik, elemen ketiga ini saling berkait dengan elemen kedua tadi.
3. Kenalpasti Apa Yang Pembentang Mahu Penonton Lakukan
Kenalpasti topik adalah sangat penting. Lebih penting lagi ialah mengetahui apa yang perlu pembentang lakukan atau perlu diketepikan oleh pembentang semasa pembentangan. Sebelum membuat persiapan, pembentang perlu tanya pada diri, "Apakah tujuan pembentangan ini?" "Apa objektif yang hendak dicapai dari pembentangan ini?". Sekiranya pembentang sudah tahu perkara-perkara ini sebelum pembentangan bermula, pembentang boleh dan mudah untuk menyusun strategi untuk memberikan hala-tuju pembentangan tersebut.
Dan, itulah elemen-elemen penting dalam pembentangan yang berkesan. Tidak kira untuk pelajar mahupun pekerja. Oleh itu, pastikan elemen-elemen ini anda dapat dan aplikasikan dengan betul. Anda akan membina asas yang kuat sepanjang pembentangan anda.
Selamat maju jaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan