Selasa, 15 Jun 2021

Petua Pembentangan Lebih Menarik

1) Isi/Reka Bentuk Pembentangan Yang Ringkas

       Isi atau reka bentuk pembentangan yang terlalu kompleks atau padat akan membuat audiens cepat berasa bosan dan hilang minat. Walaupun isi penting sesuatu pembentangan itu banyak, tidak semestinya semua seharusnya ada di dalam slide pembentangan. Ayat atau isi penting mesti diterangkan oleh diri sendiri agar mengelakkan pembentangan yang terlampau kompleks atau padat. Jika tidak pun, penggunaan grafik bagi membuat pembentangan yang simple dan mudah untuk difahami. Pembentang seharusnya dapat membentang isinya tanpa bergantung kepada penggunaan slide 100%. Hal ini dapat memudahkan lagi pembentangan untuk disampaikan kepada audiens

 Contoh Slide:


2. Font Atau Tulisan Yang Senang Dibaca

            Tulisan yang diguna tidak perlu kompleks atau berwarna-warni. Hal ini demikian kerana ia akan menyukarkan audiens untuk membaca dan memahami slides pembentangan. Tulisan yang terlampau komples juga kadang-kala boleh kelihatan serabut dan berat. Sebaiknya, bagi pembentangan, fonts seperti Times News Roman, Tahoma, Arial dan Calibri Lights menjadi pilihan utama bagi tulisan bagi pembentangan. Penggunaan fonts juga seharusnya dihadkan. Sebagai contoh, hanya 2 jenis fonts digunakan dalam sesebuah pembentangan.

 3. Pembentangan Menggunakan Gambar

            Pembentangan juga boleh dilakukan melalui gambar dan bukan hanya ayat sahaja. Sebagaimana yang sudah disebut dalam petua pertama, gambar merupakan pengganti bagi ayat dalam sesebuah pembentangan. Pembentangan yang dilakukan melalui gambar bukan asing lagi bagi mana-mana pembentangan. Bukan sahaja sebuah gambar membawa banyak maksud, tetapi juga memudahkan penyampaian maklumat oleh seorang pembentang. Visual lebih senang difahami daripada verbal.

 Gambar Sekadar Hiasan


4. Latihan Membentang

            Slides sudah cantik, jadi pembentang juga seharusnya bersemangat untuk membentang slides. Tiada sesiapa berminat mendengar pembacaan point slides, jadi Latihan membentang mesti dijalankan. Penyebutan ayat, vokal pembentang dan semuanya harus dilatih bagi pembentangan. Tanpa Latihan, tidak mustahil pembentang akan secara tidak sengaja menyampaikan maklumat yang sama berulangkali atau gagap semasa pembentangan. Oleh itu, latihan membentang sangat penting. Jika boleh, pembentang seharusnya mengelakkan pembacaan slides secara 100%.

 5.  Hubungan Dengan Para Audiens

            Bagi seorang pembentang, hubungan dengan para audiens seharusnya dijaga. Pembentang mesti bersifat positif tetapi neutral dengan audiens. Dengan kata lain, komunikasi pembentang dengan audiens seharusnya dua hala, iaitu pembentang mesti berinteraksi jua dengan para audiens. Hubungan yang lebih dengan audiens memudahkan penyampaian maklumat untuk diterima. Pembentang juga mesti bijak bermain dengan emosi audiens untuk mewujudkan unsur-unsur seperti humor dan sebagainya bagi menguatkan lagi hubungan dengan para audiens.

6. Jangan Membaca Slides

        Jika anda lupa kata kunci atau ayat yang ingin digunakan, tiada masalah untuk membacanya daripada slides, tetapi itu tidak bermaksud bahawa anda seharusnya bergantung kepada slides. Slides seharusnya diguna bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada audiens, bukannya untuk dibaca sehingga habis oleh pembentang. Bagi mewujudkan pembentangan yang menarik, pembentang mesti melatihkan diri agar tidak membaca slides. Slides boleh digunakan sebagai reference oleh pembentang, namun pembentang mesti mengelakkan tabiat membaca slides.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan